Tuesday 19 June 2012

Can we change?

        Hari ni dah abis exam dah:) Rase lega sangat2. Cuma sekarang ni tawakkal je. InsyaAllah harap2 semuanya ok. Memang sangat banyak cabaran melingkungi bila jadi student universiti ni kan? Contohnya dari segi environment la, kawan-kawan, survivor dan macam-macam lagi la. Tapi sebenarnya semua tu yang membuatkan kita menjadi seorang yang lebih matang dan berdikari. Contohnya bila ada sesuatu masalah datang menyerang, kita akan berfikir semasak-masaknya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hmm.. tiba-tiba takut pulak nak mengharungi arus dunia yang akan menjadi lebih mencabar ni. Tapi bila ada orang yang menyokong kita dari belakang contohnya seperti ibu bapa dan kawan-kawan, our life will be very happy and we will feel protected, right?
         Tadi ada bercerita ngan kawan-kawan pasal family ni. Tetiba terfikir plak pasal isu ni. Sedarkah kita kenapa sekarang semakin hari, anak-anak semakin dibiarkan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka hanya membiarkan anak-anak mereka dididik oleh guru sahaja. Memanglah mereka kerja untuk menampung keluarga tapi sedarkah mereka anak-anak juga memerlukan kasih sayang mereka? Ramai ibu bapa yang lebih mementingkan hal keduniaan semata-mata sehingga membiarkan anak-anak mereka melepak-lepak di luar sana dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Generasi baru ini juga perlu lebih sedar akan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka ini. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, kedua-dua harusla memainkan tanggungjwb masing2 demi menjaga keharmonian keluarga.

No comments:

Post a Comment