Tuesday 19 June 2012

Can we change?

        Hari ni dah abis exam dah:) Rase lega sangat2. Cuma sekarang ni tawakkal je. InsyaAllah harap2 semuanya ok. Memang sangat banyak cabaran melingkungi bila jadi student universiti ni kan? Contohnya dari segi environment la, kawan-kawan, survivor dan macam-macam lagi la. Tapi sebenarnya semua tu yang membuatkan kita menjadi seorang yang lebih matang dan berdikari. Contohnya bila ada sesuatu masalah datang menyerang, kita akan berfikir semasak-masaknya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hmm.. tiba-tiba takut pulak nak mengharungi arus dunia yang akan menjadi lebih mencabar ni. Tapi bila ada orang yang menyokong kita dari belakang contohnya seperti ibu bapa dan kawan-kawan, our life will be very happy and we will feel protected, right?
         Tadi ada bercerita ngan kawan-kawan pasal family ni. Tetiba terfikir plak pasal isu ni. Sedarkah kita kenapa sekarang semakin hari, anak-anak semakin dibiarkan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka hanya membiarkan anak-anak mereka dididik oleh guru sahaja. Memanglah mereka kerja untuk menampung keluarga tapi sedarkah mereka anak-anak juga memerlukan kasih sayang mereka? Ramai ibu bapa yang lebih mementingkan hal keduniaan semata-mata sehingga membiarkan anak-anak mereka melepak-lepak di luar sana dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Generasi baru ini juga perlu lebih sedar akan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka ini. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, kedua-dua harusla memainkan tanggungjwb masing2 demi menjaga keharmonian keluarga.

Monday 11 June 2012

Exam Week!

     Ermm.. Exam. Exam. Exam.. Minggu ni majoriti students kt universiti da stat exam termasuk la aku. 2 paper da beres da. tinggal 1 paper je lagi dan 1 presentation untuk core subject (Industrial Design). Xsbrnye 18hb ni. heee.. Hari tu mase first paper nervousnye Allah saje la yang tahu. Sekarang macam da dapat control da sedikit demi sedikit rase nervous tu.
     Alhamdulillah! Hanya tu je yang aku boleh cakap lepas habis Engineering Mechanics paper last week. Berkat Usaha+Doa+Tawakkal, aku melangkah keluar dengan penuh kelegaan sebab subjek ni la yang paling aku takut. ngee... Ohoo..Rmai yang gerun sebenarnya dengan Statics and Dynamics ni. Btw, tadi pun sama, keluar je dewan terus tersenyum lebar sebab aku dah melaluinya separuh jalan. Alhamdulillah! I made it! Sekarang hanya menunggu dan berserah kepada-Nya.
     Statistics is coming! 14hb ni exam statistic plak. Wish me all the best! Next week, Industrial Design presentation is waiting! Takutnye.. Sebenarnye ade projek yang aku kena buat untuk sem ni. 2 plak tu.. hurmm:) InsyaAllah.. Semoga urusan kami semua dipermudahkan oleh-Nya. Ya Allah, Kau berikanlah kami semua kekuatan untuk menghadapi pembentangan projek Rekabentuk Industri kami ini. Kau jauhkanlah kami semua daripada segala masalah dan kesulitan mendatang. Aminn..

Doa-doakanlah kejayaanku semoga terus berjaya mendaki tangga-tangga yang sangat berliku ini:)