Thursday 31 May 2012

Woman's Enemy

Alang-alang dah dapat tugasan kokurikulum daripada pensyarah berkenaan badan kerajaan yang banyak membantu masyarakat. Pertubuhan Kanser Malaysia Kebangsaan telah dipilih. So, dekat sini nak berkongsi lah  serba sedikit tentang sejenis kanser yang sangat berbahaya kepada kaum wanita iaitu kanser rahim.

First, nak terangkan dulu pasal rahim. Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus. Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.
Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.

Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu:

  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan  Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim  dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM

Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a.  Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama di  lapisan lemak badan.
b.  Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.
c.  Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi
d.  Wanita yang menghidap penyakit kencing manis
e.  Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .
f.  Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. 
g.  Wanita yang mengambil hormon estrogen yang  berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu  mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. 

Semoga anda semua sentiasa beringat terhadap risiko kanser yang kebanyakannya menyerang secara halus. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda supaya kesihatan selalu terjamin dan terhindar daripada sebarang penyakit.

2 comments:

  1. salam akak.. nice info :) mintak tolong follow twitter fafa boleh ?? ---> https://twitter.com/#!/farahvanilla97 *tiada paksaan* :D

    ReplyDelete
  2. salam kenal...sis follow blog cantik ni yer :)

    http://www.lawacollections.com/

    ReplyDelete